BUNGA ROS
hahahaha
ini lah pokok bunga ros aku
asalnya lagi lawa dan menggoda dari ini...ada 4 batang pokok yang banyak bunga dan banyak tunas bunganya. aku beli kt cameron highland..tapi lepas tu...ini dh jadinya.
alkisahnya....pokok ros perlukan siraman air 2x sehari (tapi secukupnya sahaja) dan perlukan cahaya matahari yang banyak.
masa baru beli tu aku tau dah pokok yang beli dari cameron highland tak boleh terus letak direct kene matahari, so aku letak kat bawah awning rumah jauh dari tempat terbuka...aku siram 2x sehari...akibat tak kena sinaran matahari yang banyak dan terlebih kasi air, dalam tempoh yg agk lame pulak tu (hampir sebulan kalo xsilap), pokok ni pun cam nak arwah jadi nya. haha! sebab dia dapat ape yg dia tak perlukn.
aku detect die nak arwah dah sebab daunnya gugur, hampir semua...cuak dah teman...dah la ros warna ni susah aku nak jumpa...
so aku selamatkan aku letak kat bawah cahaya matahari...
tu pun tak oke oke jugak lagi...
so aku terus mengambil langkah2 pergi ke kedai bunga dan tanya dan baca blog2 pakar menanam bunga ros camne nak jaga bunga ni.haha!
so akhirnya Alhamdulillah.... berkat bace 'Bismillah' Allah hidupkan pokok ku semula...
then...
yeayyyyy yippieeeeeeeeee
ni die. tadaaaaaaaaa!
sudah kembali berbunga dan berputik...
jadi..
Cara-cara Menanam dan Menjaga Bunga Ros
adalah:
pokok bunga ros perlukn
Tanah : tanah bakar + tanah liat + tanah kompos + pasir + tanah hitam.
campuran ni boleh beli kt kedai bunga. tanya je nak tanah untuk pokok ros. dan cek kat bag tanah tu make sure kandungan tanah dalam bag tu adalah tanah yg kite perlukn seperti di atas..
tapi campuran yang aku buat adalah aku beli tanah yg dah dicampur macam jenis2 kt atas tu, kemudian aku beli lg tanah kompos (organik). nisbah campuran yg aku bt 2:1. 1 tu untuk tanah kompos ye ^.^
Kawasan : pokok ni boleh letak kat direct matahari. tp cadangan aku letak la 'direct tapi tak direct' sangat. ada masa dia tak kena sangat. sebab cahaya matahari sekarang kan dah terik dan perit..
n lagi pula bila hujan pokok ni kena tempias hujan je.
n lagi pula bila hujan pokok ni kena tempias hujan je.
Air : siram 2x sehari ye. setiap kali siram cukup2 je jangan lebih2 sangat macam pokok daisy..hehe
jangan siram pada putik...
Baja : Baja pokok ni boleh pakai baja bunga.
Racun : emm...yang ni aku pakai je racun serangga yang dipakai pada pokok daisy ku dan pokok yang lain2 tu..sembur sikit je..ala ala jangan ada serangga pada daun dan batangnya gitu..
Tips :
1. Makanan special bunga ros ni yang boleh buat die segar dan berbunga, tanam kulit ketam or udang berdekatan dengan pokok tapi jangan kena pada pokok. kalau ade kulit pisang boleh potong dan tabur pada pangkal pokok bunga ros...telangkup kan saja kulit pisang tu pada pangkal pokok pun bule ^.^
2. Haaa pokok ni pun aku try siram dengan air sejuk peti ais pagi2...die segar dan berbunga ^.^
3. Tanah nya harus digembur selalu.. tapi tak perlu terlalu dalam korek nanti rosak pula akarnya..
3. Tanah nya harus digembur selalu.. tapi tak perlu terlalu dalam korek nanti rosak pula akarnya..
tengok tengok
berbunga dan berputik kembali...
Alhamdulillah hehehe
tq sis for da info.. harap lepas ni pokok saya kembali hidup
ReplyDeleteBole x nk tnye lebih lanjut pasal penjagaan bunga ros ni? Sy tinggalkn no ws. 01136320520 ridz
ReplyDeleteNak tanya, untuk bunga ros satu pasu perlu letak berapa batang,?
ReplyDeleteP\s : saya ada beli baru2 ni dalam pasu kecil tu ada 5 batang.