Friday, 6 June 2014

Mari Cipta Taman Bunga Sendiri

Taman Bunga Cipta Sendiri

Haaa.... ni la keje aku sebagai pengasuh taska yang kadang-kadang bosan. hehehe..
Aku suka kanak-kanak, bunga dan suka warni warni...
So aku start dengan membeli dan menjaga bunga bunga ku...


kemudian...since aku letak bunga bunga ku di taska, and... surrounding taska pun dah jadi agak pudar dan kelam dengan warna cat yang dah lama...
tengok dinding belakang pasu tu. kosong kan? warna pun gelap dan tak ceria. ta sesuai untuk taska kan..

So...
Aku pun mula la gatal tangan rasa nak conteng conteng dinding tu... hehehe
Jom buat mural !!!
yeah!

Mural start dengan base colour la kan. nak bagi warna warna tu ceria. sebab warna asal dinding tu coklat gelap kan, nanti dia akan gelap kan jugak warna mural tu...

Aku tak lakar guna pensil pun tu. maleh... nak cepat. terus je guna berus buat belon, pagar and butterfly tuh.

Aku buat slow slow je niy...hehehe
Then sambung dengan warna warni......yeehuuuuu......

Tengok ni

Ni pun belum habis warna lagi ni. Aku kekurangan cat mural warna hitam. ngeh3
Tak la gempak mana mural ku.. tapi oke la nak hias bagi cute sikit right? ^.^


O'ooooooo................ Ammar!

oke.. P/S--- budak ni nama Ammar Haziq. Minta perhatian : tu dia nak tolong ubah suai taman aku tu (aku takde suruh pun, dia pandai pandai je tu) 
Tengok tengok dia tak pandang kamera pun kan? sebab excited sangat dapat main kat luar, and tengok sume tu depan mata dia dia nak re-invented taman aku. nak tolong 'buat keje'.
hahahahahahahahahaha...

dia ni apa dia buat sume orang bole gelak tengok nya. so cute. ^.^

oke sambung citer pasal taman
hehe
nak bagi lagi menarik menawan elegance and cute, Allah ilhamkan aku ikat riben pada pasu ni. pasu ni kosong je takde corak, so ikatkan la riben kan bagi nampak menarik.
Gunakan recycle material je tau, jimat... yang ni baki kain jubah yang aku jahit. hehehehe

Dekat bunga pun same, batang bunga daisy ni panjang @ tinggi, so asek nak rukuk je bunga ni, hahaha... tu yang buat aku terfikir camne la orang nak pandang wajah bunga ni. cari la kayu, dan ikat dengan riben jugak. warna biru tu pun recycle material. ^.^




Pokok Bunga Kekwa @ Chrysanthemum ku

Kekwa @ Chrysanthemum

Hi hi hi ^.^v

Hari ni nak tunjuk pokok bunga kekwa kuning yang aku tanam. hehe
Perkenalkan....

Actually yang ni aku tak le tanam dari biji benih, aku beli pokok ni dh besar ni RM 8 kat kedai apek. hehehe
Then... dalam penjagaan aku pun kua putik bunga lagi. Alhamdulillah... sonok nya ... berbaloi baloi...


Aku pakai baja bunga ni. Kua putik lagi...

Wednesday, 4 June 2014

Serangga Perosak

Serangga Perosak


haaaa ni nak tunjuk kat kome serangga yang dok hinggap kat pokok ku...


aaaa ini pun dah kurang ni. gamba ni di ambil 2 3 hari lepas aku sembur racun rasanya... lupa lak nak ambik gambar masa serangga tu tengah penuh hinggap kat daun tu. berderet beratur deme kat bawah daun daisy ni... geram tengok nya. patut la pokok daisy aku yang ni bantut, daunnya tak mao tumbuh, bunga tak muncul muncul...

masa aku beli racun serangga tu, nepal kedai tu kata "aaa ini mau sembur seluruh pokok aaaa"
hahahaha... oke oke
aku sembur jela.busuk bau racun pokok aku. haha
janji serangga serangga tu gi blah!


Daisy Ku Berputik Lagi...

Cinta ,

Daisy ku berputik lagi...


hehehe


sonok nya yang amat la kan... sebabnya... lepas sembur racun minggu lepas, dek kerana encik encik serangga tu... putik putik daisy ku mati     :'(    hoooo so sad...

banyak juge... ade 2 3 putik mati... isk3

but then tak lama... 3 4 hari lepas tu kot keluar lagi putik baru, aku ingat ada 2, rupanya 3!  yea yea.. yea yea... ^.^

Ya Allah mohon hidup berbunga putik ni jangan mati.. Ameen.
Nak tengok bunga nya yuhuuuuuuu.....

:P


Monday, 2 June 2014

Mari Tanam Bunga Ros

BUNGA ROS


hahahaha
ini lah pokok bunga ros aku
asalnya lagi lawa dan menggoda dari ini...ada 4 batang pokok yang banyak bunga dan banyak tunas bunganya. aku beli kt cameron highland..tapi lepas tu...ini dh jadinya.
alkisahnya....pokok ros perlukan siraman air 2x sehari (tapi secukupnya sahaja) dan perlukan cahaya matahari yang banyak. 
masa baru beli tu aku tau dah pokok yang beli dari cameron highland tak boleh terus letak direct kene matahari, so aku letak kat bawah awning rumah jauh dari tempat terbuka...aku siram 2x sehari...akibat tak kena sinaran matahari yang banyak dan terlebih kasi air, dalam tempoh yg agk lame pulak tu (hampir sebulan kalo xsilap), pokok ni pun cam nak arwah jadi nya. haha! sebab dia dapat ape yg dia tak perlukn.
aku detect die nak arwah dah sebab daunnya gugur, hampir semua...cuak dah teman...dah la ros warna ni susah aku nak jumpa...
so aku selamatkan aku letak kat bawah cahaya matahari...
tu pun tak oke oke jugak lagi...
so aku terus mengambil langkah2 pergi ke kedai bunga dan tanya dan baca blog2 pakar menanam bunga ros camne nak jaga bunga ni.haha! 

so akhirnya Alhamdulillah.... berkat bace 'Bismillah' Allah hidupkan pokok ku semula... 
then...
yeayyyyy yippieeeeeeeeee
ni die. tadaaaaaaaaa! 
sudah kembali berbunga dan berputik...

jadi..
Cara-cara Menanam dan Menjaga Bunga Ros 
adalah:

pokok bunga ros perlukn 

Tanah : tanah bakar + tanah liat + tanah kompos + pasir + tanah hitam. 
campuran ni boleh beli kt kedai bunga. tanya je nak tanah untuk pokok ros. dan cek kat bag tanah tu make sure kandungan tanah dalam bag tu adalah tanah yg kite perlukn seperti di atas..
tapi campuran yang aku buat adalah aku beli tanah yg dah dicampur macam jenis2 kt atas tu, kemudian aku beli lg tanah kompos (organik). nisbah campuran yg aku bt 2:1. 1 tu untuk tanah kompos ye ^.^ 

Kawasan : pokok ni boleh letak kat direct matahari. tp cadangan aku letak la 'direct tapi tak direct' sangat. ada masa dia tak kena sangat. sebab cahaya matahari sekarang kan dah terik dan perit..
n lagi pula bila hujan pokok ni kena tempias hujan je. 

Air : siram 2x sehari ye. setiap kali siram cukup2 je jangan lebih2 sangat macam pokok daisy..hehe
jangan siram pada putik...

Baja : Baja pokok ni boleh pakai baja bunga. 

Racun : emm...yang ni aku pakai je racun serangga yang dipakai pada pokok daisy ku dan pokok yang lain2 tu..sembur sikit je..ala ala jangan ada serangga pada daun dan batangnya gitu..

Tips : 
1. Makanan special bunga ros ni yang boleh buat die segar dan berbunga, tanam kulit ketam or udang berdekatan dengan pokok tapi jangan kena pada pokok. kalau ade kulit pisang boleh potong dan tabur pada pangkal pokok bunga ros...telangkup kan saja kulit pisang tu pada pangkal pokok pun bule ^.^
2. Haaa pokok ni pun aku try siram dengan air sejuk peti ais pagi2...die segar dan berbunga ^.^
3. Tanah nya harus digembur selalu.. tapi tak perlu terlalu dalam korek nanti rosak pula akarnya..


tengok tengok 
berbunga dan berputik kembali...
Alhamdulillah hehehe



Mari Tanam Bunga Daisy

BUNGA DAISY


Cara Menanam Bunga Daisy
oke..aku tak la expert. mule2 aku pn bace kt blog orang cmne nk tanam n jage bunga daisy ni. so kt sini aku cite ape yg aku dh cube n berkesan...

Tanah : Tanah Kompos (organik) 90%  + campuran (tanah bakar + tanah hitam + tanah liat dn yang sewaktu dgn nye) 10%

Kawasan: Perlukan cahaya matahari yang banyak. Tapi...aku duduk kt ipoh, kawasan pekan, panassss...jadi jangan la letak tempat yang kene direct matahari.mati kang pokok bunga ni.. ^.^ letak tempat yang kena matahari pagi je pn oke dh..

Air : pokok daisy perlu minum banyak air...biase nye aku siram awal pagi.siram banyak2...so petang xyah siram dh hehehe
bile siram jgn siram bunga nye ye, sensitip! nt cepat rosak bunganye

Baja : 2 minggu sekali. ade yang kate mase time pokok nk berbunga letak baja fosforus. aku xtry lg, tp nt aku try cari ^.^
setakat ni aku just buh baja bunga organik pn ok aku tgk..
bile letak baja pd pokok apa pn, letak pada tepi2 pasu, jgn letak dekat dgn pokok or kena pada akar ya...

Racun : pokok biasenye akan ade serangga yg suke nk rosakkn hehe..makanan diorg or diorg bt penginapan kt pokok kite. so sebulan sekali sembur la racun pd seluruh pokok ni. aku xla pakai racun yg spesific, aku just g kedai bunga dan mntk kt tauke tu racun utk pokok daisy ku. sembur racun ni nk halau serangga perosak la kn ^_^ spy pokok kite lebih segar dan dpt berbunga. sbb serangga2 yang suke hinggap biasenye akan kecutkan daun, pokok bunga ni pn akn terbantut xbyk daun n xberbunga dn mcm2 defect lg laa. jadi jgn lupe racun serangga ye 

Tips : 
1. Nak pokok segar dan berbunga, awal pagi siram dengan air sejuk pada pangkal pokok. (air sejuk, bkn air yang ade ketul ais tau)
2. Ini tips yang paling penting, iaitu....sebelum mula tanam, sampai letak pokok, n bile hari2 siram pokok tu bace "Bismillaahirrahmaanirrahiim.." niatkn 'Ya Allah hidup suburkan lah pokok ini.'
krn yg hidupkn pokok itu Allah SWT, bkn krn tangan kite ini.hehe
jadi xd istilah tangan sejuk ke tangan panas ke tangan beracun ke..sape-sape pn bole tanam pokok dn berkebun
^.^
jadi marilah kite same2 menanam dn menjaga makhluk yg selalu bertasbih kpd Allah SWT..
khasiat lainnye..menanam dan menjaga tumbuhan juga dpt menghilangkn STRESS.


About Me

My photo
Contact :- E-mail : nurulakmar9@gmail.com Whatsapp: 019 - 542 9691