Wednesday 6 February 2013

Kellie's Castle 

Bangunan tinggalan sejarah Kellie's Castle yang berusia lebih 107 tahun di Batu Gajah, Perak. 

Bangunan ini dengan nama lainnya ialah Kellas House yang dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. 

Ramai yang menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana sepertimana bangunan bersejarah di Agra, India itu, Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes


Kedudukan sosial keluarga William Kellie Smith pada ketika itu dikatakan sangat tinggi, malah mereka dikatakan dikalangan 10 keluarga elit di daerah Kinta yang menguasai perusahaan ladang getah dan pelombongan bijih timah.

Bangunan tiga tingkat ini sangat terkenal dengan keunikan sejarah dan juga reka bentuk nya sendiri yang mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan ini dibawa khas dari Madras. 



Dengan seni binanya yang mempunyai asimilasi konsep Greco – Roman, Moorish dan india, istana ini sememangnya unik, malah binaan yang seumpamanya tidak dapat dilihat dimana-mana di Malaya pada ketika itu. Menurut Tajuddin Yaakob, Pengurus Istana Kellie, pembinaan istana ini tidak menggunakan paku, besi atau jentera berat. Menurut beliau lagi, seandainya lif di menara Istana Kellie dapat disiapkan, maka bangunan itu akan menjadi bangunan pertama di Malaya yang mempunyai lif pada ketika itu.



Istana Kellie sebenarnya pernah mendapat liputan sebuah akhbar inggeris di London, iaitu London Financier pada 15 September 1911. Menurut laporan akhbar berkenaan, istana kellie dianggap unik dari sudut rekabentuk binaan serta keluasannya. 







No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Contact :- E-mail : nurulakmar9@gmail.com Whatsapp: 019 - 542 9691