Thursday 7 February 2013

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh


Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu kawasan gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Jajaran Gunung Lang merupakan kawasan bukit batu kapur yang terletak di tengah Lembah Kinta dan merupakan kawasan rekreasi yang terletak di utara Bandaraya Ipoh Ianya boleh di masuki melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar. 


Kawasan bukit batu kapur ini telah di terokai seawal 1880 oleh pelombong bijih timah Melayu yang mana perlombongan ini telah di lakukan di dalam gua-gua yang terdapat di sini. 


Kawasan ini juga telah di jadikan kawasan perlombongan bijih besi dan menghasilkan kawasan landskap terganggu seperti kawasan berpaya dan tasik. 



Kajian Rancangan Tempatan Ipoh 2020 telah mengariskan kawasan Gunung Lang seluas 111.93 hektar sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2 dan perlu di pulihara. Pembangunan yang di benarkan untuk kawasan ini hanyalah eko pelancongan, penyelidikan dan pendidikan. 


Keunikan formasi batu kapur ini juga menarik minat pengunjung kerana ianya terletak berhampiran pusat bandar Ipoh.




Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah.




Kemudahan:-
Tempat letak kereta luas di tepi tasik secara percuma.

Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.



Wednesday 6 February 2013

Kellie's Castle 

Bangunan tinggalan sejarah Kellie's Castle yang berusia lebih 107 tahun di Batu Gajah, Perak. 

Bangunan ini dengan nama lainnya ialah Kellas House yang dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. 

Ramai yang menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana sepertimana bangunan bersejarah di Agra, India itu, Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes


Kedudukan sosial keluarga William Kellie Smith pada ketika itu dikatakan sangat tinggi, malah mereka dikatakan dikalangan 10 keluarga elit di daerah Kinta yang menguasai perusahaan ladang getah dan pelombongan bijih timah.

Bangunan tiga tingkat ini sangat terkenal dengan keunikan sejarah dan juga reka bentuk nya sendiri yang mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan ini dibawa khas dari Madras. 



Dengan seni binanya yang mempunyai asimilasi konsep Greco – Roman, Moorish dan india, istana ini sememangnya unik, malah binaan yang seumpamanya tidak dapat dilihat dimana-mana di Malaya pada ketika itu. Menurut Tajuddin Yaakob, Pengurus Istana Kellie, pembinaan istana ini tidak menggunakan paku, besi atau jentera berat. Menurut beliau lagi, seandainya lif di menara Istana Kellie dapat disiapkan, maka bangunan itu akan menjadi bangunan pertama di Malaya yang mempunyai lif pada ketika itu.



Istana Kellie sebenarnya pernah mendapat liputan sebuah akhbar inggeris di London, iaitu London Financier pada 15 September 1911. Menurut laporan akhbar berkenaan, istana kellie dianggap unik dari sudut rekabentuk binaan serta keluasannya. 







Monday 4 February 2013

Gerbang Malam Ipoh

haa...gerbang malam ni kire macam Uptown / Downtown Ipoh la gitu... ^^


Macam-macam orang niaga kan kt sini. Mengurut pn ada, berubat pn ada.. jual lintah, kadang-kadang tokek tu pn org tayang kt sini... jual barang kereta, barang antik, baju seluar tudung, barang bundle, barang makan, barang rumah, barang lelong, barang second hand, barang fisrt hand, barang takde hand, macam-macam ada...

Penuh sesak dengan orang terutama bila tiba musim cuti atau waktu raya. Fuhhhh kalau time raya, dah macam tak boleh nk jalan..
Time tu...haa...yang pempuan kena hati-hati la takut kene 'sapu' free je tk pasal-pasal...isk3



Seni dan Lukisan
kat sini boleh jumpa macam-macam gambar yang dilukis. Dari gambar moden hingga ke gambar nostalgia macam yang kita boleh tengok kt pic ni
Lukisan-lukisan ini jgk diolah / dilukis pada medium-medium yang berbeza untuk dijual kepada pengunjung gerai





Warisan negeri yang dilakar 


* Nasi Ganja *

UuuuuUUuuuuu...
Mesti sudah ada yang tahu apa itu nasi ganja di Ipoh ni.
Tp mungkin juga masih ada yang tidak berkenalan lagi dengan nasi ini ^^
Nasi ni dengan nama lain juga dikenali dgn nama Nasi Vanggey

Walaupun nama nya nasi ganja, tp jgn risau sbb adunan nya bkn nya buh ganja. hahaha. Diletak nama Nasi Ganja sbb ramai org kate bile dh rase makan nasi ni slalu jadi ketagih nk lagi...sedap la maknanya tu.. ^^

oke....mari kita lihat apakah bendanya itu dan dimana boleh dapat nasi ganja tu kt Ipoh ni yea..


haaa...ni die nasi nya... 

yg special nya sbb ade kelapa yg warne oren kt sbelah kanan pinggan tuh. 


dan lauk-lauk nya berkuah pekat cm kari tu haa..
ni biasanya lps makan boleh menguap macam singa. kenyang bangat....hahaha

Pilihan lauk-lauk juga banyak...

Oke...mana nk dapat nasi ni??
hehe.. ni kedai yang org Ipoh kate original dtg nasi ganja ni
Letak nya dekat Jalan Yang Kalsom. Berhampiran Balai Polis Pasir Putih. 



Dalam kedai nya biasa je macam kedai lama..
(ni suasana time tk ramai orang)

Tapi...ni suasana kebiasaannya. terutama waktu tengah hari
Fuu....penuh...sesak...
Tak caya? Tgk gambar di bawah lagi

Camni la keadaannya hari hari. Orang nk beli lunch. 

Beratur panjang sampai kebelakang..

Buktinya sampai dapat liputan masuk surat khabar. haha

Jadi anda-anda sekalian, datang Ipoh kalu jangan lupa merasa nasi ganja ni

Juga ada lagi restoran yang famous kt Ipoh ni dengan nasi ganja / nasi vanggey ni




Monday 28 January 2013

Lost World of Tambun Ipoh

Sunway Lost World Of Tambun Ipoh 

Taman tema air di Ipoh : 


Kawasan percutian taman tema yang berlatar belakang kan gunung batu kapur di Ipoh



kawasan mandi yang nyaman yang dipenuhi dengan pokok-pokok menghijau
Nyaman !
Tak perlu risau panas ^.^


ada rasa cam masuk ke 'dunia yang hilang' ? ^^


kanak-kanak suka kan permainan dan air !!


Laut !  haha..
tak payah jauh-jauh p sampai teluk batik, Ipoh pun ada hahaha

ada River Adventure 


Ni dia Hot Springs di Ipoh... 



yang lebih menarik nya malam sangat cantik !!!



Hot Springs and Spa Tambun
atas cave ni ade jacuzzi...


dalam cave tu plak...ada....
Steam Cave 

Timetable / Jadual aktiviti menarik di Lost World 
3:00 PM --- Tiger Feeding Show at Tiger Valley
3:30 PM --- Tortoise Feeding Show / Snake Interactive Show at Petting Zoo
4:00 PM --- Tiger Feeding Show at Tiger Valley
5:00 PM --- Palong Dance & Panning (Mendulang) at Tin Valley
2:00 PM - 5 PM --- Tasek Boga Boat Ride @ RM5 / pax at Tasek Boga 

Zoo oooooooo ^^
Lost World of Tambun juga ada Petting ZOO


Harimau Malaya 

Tiger Show 
bagi harimau makan

ada Longkang Fishing haha


Selain itu yg menariknya juga ada
Rainforest Trail


Kepura Cave


Swan Lake 

Lost World juga sangat lengkap kerana ada nya kawasan
Team Building Park 


Galeria 

Tin Valley 
@ Lembah Timah @


ya.... ini lah dia nya.. Perak terkenal dengan perlombongan bijih timah
dan disini pengunjung boleh melihat bagaimana perlombongan bijih timah dijalankan



dan bukan setakat tengok sahaja, boleh mendulang sendiri timah disini. hahaha.. nice




About Me

My photo
Contact :- E-mail : nurulakmar9@gmail.com Whatsapp: 019 - 542 9691